:: Firefox 4 ::

Assalammualaikum ....

Perut sudah kenyang , hati sudah happy . And bila hati sudah happy teringat plak kepada browser kesayangan aku nie ------------> Firefox 

Sehari semalam aku explore browser nie , (taksub tahap gaban punya pasal) , ternyata mmg terbaik dari ladang la . Kepantasan loading , graphic accelerator , tabbing , special features dan sebagainya membuatkan aku berpuas hati , seronok bak lembu terlepas dari sembelih dan seangkatan dengannya .

Meh aku nak story sket pasaipa aku teruja sangat dengan Firefox 4 nie .


Aku terangkan secara ringkas ek . Kalo nak detail lagi seperti biasa la , klik sini .

Seperti gambar diatas (gambar screenshot PC aku) , mmg 100% perubahan dilakukan oleh geng firefox
Dari design browser tu sendiri yang nampak lagi ringkas , Tabbing yang oleh di unpinkan (dikecikkan jadi macam bentuk button tuh , Menu bar yang dicompactkan dalam satu button saja membuatkan semuanya menjadi simple and enjoyable .

Dan seperti yang aku dah petakkan kawasan merah tu (pakai paint hehe) , semua tu adalah special features yang disediakan oleh firefox kepada kita .

FIREFOX 4 FEATURES

Easy Browsing
High Performance
Advance Security
Powerful Personalization
The Cutting Edge
Universal Access
Secara keseluruhannya , aku tabik spring toink toink kat Firefox sebab berjaya memulihkan kesetiaan aku kepada mereka sebab aku hampir2 tergoda dengan Internet Explorer 9 keluaran Microsoft . Hehe .
Persaingan antara kedua-dua Browser nie mmg menarik dan aku rasa persaingan sihat mereka akan memberi impact besar dalam kemajuan dunia Internet buat masa hadapan . (silap2 nak buka Internet pakai niat ja hahaha)
Sekian saja tok hari nie , aku nak tido awal . Esok bangun awal , pergi keja awal . (ayat org slalu pergi keja lewat hahaha)
    Assalammualaikum ...

:: Congrats To My Little Sister ! ::

Assalammualaikum...

Sebelum aku nak berehat , aku nak share kegembiraan aku sebagai abg kpda seorang adik yg berjaya mendapat keputusan STRAIGHT A dalam 9 subject yang dia amik dalam SPM yang diumumkan semalam.

Dalam salasilah keluarga aku , hanya dia sorg sja yang success dalam SPM , berbanding abg sulung dia nie , kakak n abg dia lagi sorg . (Aku ngaji nie kurg sket hehe) 

Adik bongsu aku nie tak len dan tak bukan , SITI NOR FAREHAH BT ZAKARIA , atau nama glamour Facebooknya , Icha Fariha .

Jadi , tahniah adikku . Moga lepas nie terus maju kedepan dan sentiasa memandang kebawah agar adik tak leka dengan kejayaan nie sahaja .

p/s : Bulan nie kena spent duit sebab dah janji nak bagi hadiah kat dia . Rasa nyesal plak berjanji dulu . hahahahahaha !!

Congrats Icha Fariha !

Assalammualaikum ...

:: Security Yang Patut Ada Dalam PC ::

Assalammualaikum....

Ahh , lega rasanya lepas puas bercuti di kampung . Jumpa doktor2 kesayangan (Abah, mak and adik2) . Semua problem dan tekanan aku hilang dan aku kembali ke tempat kerja dengan semangat baru . Hehehe .
Tanpa membuang ruang blog aku nie lagi , kali nie aku nak kongsi plak tips yang aku dah pakai almost 4 tahun dalam mencegah / menghapus virus2 yang ingin @ dah menyerang PC @ laptop yang telah aku gunakan . Dan Alhamdulillah , PC @ Laptop aku bebas dari ancaman Virus setakat ini .

Tips yang tersangat simple . PC @ Laptop hampa perlu ada this 3 basic Anti (Spyware, Malware, Virus) . Simple kan ?

Biar aku terangkan satu persatu kegunaan setiap Anti nie :

Anti-Spyware 

Sebelum tu aku nak terangkan dulu apa tu spyware . Spyware nie salah satu daripada virus yang mampu mencilok infomasi kita (password, data etc) dari PC kita tanpa kita sedari . Selalunya virus jenis nie digunakan oleh pakar-pakar hackers bagi mencuri password bank atau data2 sulit kita .  

So , agak2 dah tau kot apa fungsi Anti-Spyware kan ? kalo takmo tgk akaun kita dari RM1juta jadi RM1 , sila install software nie secepat mungkin . Hehehe .

Nak info yang lagi detail , sila click sini

Anti-Malware

Malware nie plak adalah sejenis virus yang menjahanamkan sistem operasi pada PC kita (Windows, DOS etc) . Benda nie berupaya mengubah registry PC anda supaya PC anda jadi biol , bangang sat , pastu shutdown sendiri dan sebagainya . Dan secara automatic kita pun turut jadi bangang , bengang , pastu ngadu kat mak soh hantar kedai repair .

Jadi aku secara spontannya mensyorkan anda semua install benda nie sebagai benteng pertahanan kepada PC anda (juga benteng pertahanan IMAN bg sesiapa yang takleh handle tekanan) . 

Nak info yang lagi detail , sila click sini

Anti-Virus

Sebagai manusia yang ada PC , mustahil sangat aih kalo taktau benda nie . Dan secara teorinya , benda nie mmg tersangat WAJIB untuk diinstall dalam PC @ laptop anda . Ianya adalah benteng terakhir bg menghalang PC @ laptop kita dari serangan virus . Mau tak mau , MESTI ada punya la . 

Itu pun kalo yang sygkan PC @ Laptop masing2 la . Kalo tak syg or buleh 'salin' PC @ laptop sesuka hati , takyah install la . Aku nie plak nak dapat sebijik PC pun jenuh membanting tulang . Huhu .

Aku nak recommend kat anda 3 jenis Anti yang aku sendiri pakai untuk menjamin kesihatan PC aku . Anda buleh la download dari link dibawah . 

Jangan risau , semua Anti yang aku nak bagi nie free of charge . Takyah kuar duit sesen pun . Sebab aku sendiri pun tak mampu nak beli . Hehe . Tapi kepada sesiapa yang nak beli pun buleh jugak . Lagi bagus . Lagi secure .

LINKS :





Jadi sampai sini saja la noh . Aku pun dah ngantok , nak men DOTA dulu seround pastu tido . hehehe . 

Assalammualaikum ....

:: Internet Explorer 9(Superb !!) ::

Assalammualaikum....
Tajuk posting aku hari nie adalah seperti title diatas , Internet Explorer 9 (IE9).
 Aku rasa hampa semua sudah sedia maklum dah apa itu Internet Explorer kan ? So tak payah kot aku nak define benda alah nie .
Kenapa benda nie jadi tajuk posting aku pada hari nie ?
Ok , camnie ceritanya . Tadi (selepas aku puas men game kat Facebook , tetiba aku teringat yang Microsoft dah lancarkan IE9 yang dianggap antara browser terpantas yang pernah depa keluarkan .
So tanpa berfikiran lembab , aku terus download (Internet Explorer 9 Download) dan tgk apa yang membuatkan Microsoft buat statement camtu . 
Cantikkan ? Nie la screenshot IE9 yang aku snap sebaik saja aku selesai download.
1st impression aku bila aku gunakan IE9 ialah , "nie internet explorer ka google chrome nie ?". 
Sebabnya , kalo hampa perasan la kan , browser IE9 nie tak ubah macam google chrome yang dah diupgrade . Sebabnya , takda butang Add-On kat taskbar (cth: Firefox ada shorcut 'Most Visited , Getting Started etc.) 
Jadi secara tak langsung ianya dah menjimatkan masa surfing kita sebab tak payah nak tunggu loading Add-On tue .So , dengan senyuman panjang lebarnya aku surf website kegemaran aku dan aku rasa hampa pun fanatik gak dengan website nie . Facebook hehe .
Microsoft jugak dah buat beberapa renovation kat IE9 . Meh aku nak senaraikan :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pinning Tab
Benda nie sebijik macam Chrome bila hampa mula-mula bukak browser Chrome tuh . Ada beberapa tabbing yang akan muncul , berdasarkan website apa yang kita selalu surf .
2. Pecahan Tab ala2 Window Vista / 7
 Nie pulak memudahkan pengguna nak pilih tab mana yang kita nak buka . Contoh , sekiranya kita buka banyak tab dekat IE9 , kemudian kita letakkan mouse kita dekat taskbar IE9 , kita kan nampak pecahan tab yang sejibik seperti Windows 7 . Best kan ?
3. Tambahan Extension pada IE9
Actually kita buleh nak tambah extension dekat IE9 dengan adanya extension manager , dan ianya akan bagitau berapa speed yang akan berkurangan sekiranya kita tambahkan extension tu (kalo aku kompom tak tambah dah , aku lebih pentingkan speed dari extension . Kan kan ?)
Sila rujuk website nie untuk keterangan lebih lanjut  . (Sorie letih otak and tangan nak taip huhu)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbukti kelajuaan IE9 nie mmg laju gaban berbanding IE8 (of course la bergantung pada speed connection internet hampa jugak) .
Jadi kepada penggemar Internet Explorer aku syorkan hampa download la benda best nie . Mmg laju siot . Aku yang Firefox User nie pun goyang bila guna IE9 nie . 
TETAPI ! Anda semua harus upgrade dulu Window anda kepada Vista atau 7 sebab IE9 hanya berfungsi untuk kedua-dua jenis Windows nie saja . (haduih...!!)
So , jam menunjukkan pukul 1.00pg . Aku nak tidoq dulu , Sok karang bangun lambat punch card aku merah plak .  Nantikan posting aku yang seterusnya .
Assalammualaikum....

:: Security Tools (VIRUS!)::

Assalammualaikum ..


Pada petang y almost nak hujan nie , aku nak share sket satu info berkenaan dengan virus jenama Security Tools nie .


Actually salah sebab aku nak cerita kes virus nie adalah kerana aku dah jumpa ng kepala hidung bulu mata aku sendiri bila aku nak membaiki PC (Personal Computer) 2 org rakan aku .


Kalo sesiapa yang 1st time dengar benda alah ni confirm akan anggap benda nie adalah salah satu Anti-virus yang akan 'menolong' kita mencuci , menyapu , mop segala macam virus y ada dalam PC kita .


TETAPI , sebenarnya benda nie adalah satu virus berbentuk trojan (salah satu daripada keluarga spyware) y akan menyahfungsikan (pergh , ayat skema siot) segala program yang ada dalam laptop kita lalu membuatkan kita stress , memaki hamun , sumpah seranah , majuk takmau makan dan sebagainya pada hari itu .


So tanpa panjang lebar , selebar lori trellar , aku akan bagi tips sket camna nak settlekan virus ciplak a.k.a lanun cetak rompak nie .
Note : Nie cara yang aku pikir sendiri (dan ianya success) , jgn nak kata aku memandai2 plak ok ? Kalo nak tau cara yang lagi detail , sila tanya Pak Google hehe .


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Steps :


1. Turn On PC anda
2. Setelah anda berjaya memasuki Windows , cepat2 tekan CTRL+R (Satu paparan RUN akan muncul)
3. Taip MSCONFIG dan tekan ENTER
4. Pada bahagian STARTUP , disablekan semua startup program yang ada kat situ (untick semuanya)
5. Klik OK
6. Sila RESTART PC anda . Virus itu tidak lagi berfungsi TETAPI masih ada dalam PC anda dalam keadaan TIDO .
7. Sekiranya PC anda tak ada software Anti-Spyware , sila install (cth ; SuperAnti-Spyware) dan pastikan anda update dahulu sebelum scan .
8. Delete / Remove semua virus yang berjaya dikesan oleh Anti-Spyware anda .
9. PC anda sudah sihat lagi berotot kembali =)


--------------------------------------------------------------------------------------------------


Nie cara2 yang aku buat la if aku terjumpa virus jenis Trojan . Kalo nak lagi detail or cara lebih expert , sila klik di sini -----> Security Tools Removal


Jadi , kepada sesiapa yang dah kena snipe dengan virus nie , jangan segan silu atau pura2 segan nak mencuba kaedah diatas . Kalo ada masalah , sila tinggalkan msg anda kat sini . Selagi hayat dikandung badan , selagi tu la aku kan cuba bantu . (keh keh keh)


Sekian saja untuk hari nie . Aku nak kuar makan nasik . Kebuluq terok nie .


Assalammualaikum ...



:: Salam Perkenalan ::

Assalammualaikum ...

Nie adalah 1st post aku dan jugak 1st blog aku dalam sejarah hidup aku yang sudah pun berusia 25 tahun . Secara jujurnya aku sendiri pun tak paham macam mana aku boleh terdetik hati nak wujudkan satu blog . Mungkin sebab aku nak cari satu "platform" untuk aku kongsi "something" dengan hampa semua . Haha .


Tapi yang PASTINYA , blog y bakal di"update" ini bukan tempat aku meluahkan perasaan ataupun tempat aku memaki hamun , merendahkan martabat mahupun menjatuhkan air muka hamba-hamba Allah dimuka bumi yang indah ini . Aku "just" ingin berkongsi pengalaman , idea-idea serta sedikit sebanyak info-info yang aku dapat mengenai KOMPUTER atau dalam bahasa baratnya "COMPUTER" . (Ceh , ubah 'K' ja pun huhu)


So , disebabkan nie "posting" pertama aku (dan aku pun dah kekeringan idea) , aku taknak melarat-larat menaip benda2 yang tak penting dan membosankan . Jadi nantikan la "posting" aku yang seterusnya .


Assalammualaikum ....