:: HIKMAH ::

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Setiap perkara ada HIKMAHnya dan setiap HIKMAH itu adalah satu petunjuk yang kita harus fikir dengan mendalam disebalik HIKMAH tersebut. Ada dikalangan kita yg berfikir seperti....

"Kenapa hidup aku miskin, tak macam si Ah Chai tu. Nek BMW 7Series tapi aku plak nek moto EX5 model lama?"

"Kenapa aku tak dilahirkan dalam family kaya raya? Buleh la aku petik ja mana2 barang yang aku suka. Tak payah susah2 nak mintak kerja sana sini, isi form kat Jobstreet dsb."

...dan banyak lagi.

Sedarkah kita yg sebenarnya disebalik kehidupan yg kita lalui ini telahpun ditetapkan dan penetapan itu adalah yg terbaik dan sesuai dengan diri kita? Sedarkah kita tentang kenapa kita perlu hidup dalam keadaan yg sedia ada? Pernahkah kita fikirkan tentang HIKMAH disebalik perjalanan hidup kita?


Kadang kala diri ini pernah juga melahirkan rasa tak puas hati tentang perjalanan hidup yg dilalui. Dengan bisikan hati yg menyatakan bahawa aku sepatutnya berada pada tahap kehidupan yg lebih tinggi, mewah, keperluan melebihi fikiran manusia dsb. NAIF adalah perkataan yg sesuai untuk diri ini pada waktu itu.

Namun setelah sedetik demi sedetik masa berlalu, dengan ilmu dan pengetahuan aku dapat dalam menempuhi liku2 hidup yg dahulunya aku rasakan TAK LAYAK untuk aku, baru aku sedar kenapa dan mengapa aku perlu hidup dalam kehidupan yg telah ditetapkan ini.

Personality aku adalah seperti insan lain. Nafsu, kemewahan dan harta benda dunia adalah fikiranku dulu. Iman dan taqwa diketepikan kerana bagiku aku hanya percaya kepada ganjaran dengan mataku dan bukan mata hatiku.

Dan sekiranya pada waktu itu, aku dianugerahkan kekayaan, kemewahan dunia sekaligus, sudah pasti rambutku panjang ala2 Black Sabbath, bertindik besi penuh dimuka, baju yg penuh dengan lambang "Awas, kawasan kemalangan dihadapan", seluar koyak rabak macam baru lepas di 'shredder', kasut "converse"  yg talinya disulam dengan sutera, tanganku dengan botol cap "Original Gangster Brandy" dan segantang ganja. DAN pastinya, diwaktu itu jarak antara aku dan Pencipta aku adalah tersangat jauh.

Aku bersyukur, kerana aku masih lagi dilandasan yg tidak terlalu jauh, tapi tidak terlalu dekat. Dan untuk itu, adalah lebih baik bagi aku menikmati perjalanan hidup yg telah ditetapkan kerana aku yakin, HIKMAH disebalik kehidupan ini akan membuatkan jarak antara aku dan Dia lebih dekat dan dekat.

Jadi, untuk peringatan diriku dan pembaca sekalian, bersyukurlah, yakinlah terhadap perjalanan hidup yg sedia ada kerana sekiranya kita fahami tentang HIKMAH disebalik kehidupan kita, dengan izin-Nya kita akan menjadi Khalifah terbaik dimuka bumi ini.

Rukun Iman Ke-6:
"Beriman kepada Qada' Dan Qadar"

Aminnn~

0 comments: