:: Internet Explorer 9(Superb !!) ::

Assalammualaikum....
Tajuk posting aku hari nie adalah seperti title diatas , Internet Explorer 9 (IE9).
 Aku rasa hampa semua sudah sedia maklum dah apa itu Internet Explorer kan ? So tak payah kot aku nak define benda alah nie .
Kenapa benda nie jadi tajuk posting aku pada hari nie ?
Ok , camnie ceritanya . Tadi (selepas aku puas men game kat Facebook , tetiba aku teringat yang Microsoft dah lancarkan IE9 yang dianggap antara browser terpantas yang pernah depa keluarkan .
So tanpa berfikiran lembab , aku terus download (Internet Explorer 9 Download) dan tgk apa yang membuatkan Microsoft buat statement camtu . 
Cantikkan ? Nie la screenshot IE9 yang aku snap sebaik saja aku selesai download.
1st impression aku bila aku gunakan IE9 ialah , "nie internet explorer ka google chrome nie ?". 
Sebabnya , kalo hampa perasan la kan , browser IE9 nie tak ubah macam google chrome yang dah diupgrade . Sebabnya , takda butang Add-On kat taskbar (cth: Firefox ada shorcut 'Most Visited , Getting Started etc.) 
Jadi secara tak langsung ianya dah menjimatkan masa surfing kita sebab tak payah nak tunggu loading Add-On tue .So , dengan senyuman panjang lebarnya aku surf website kegemaran aku dan aku rasa hampa pun fanatik gak dengan website nie . Facebook hehe .
Microsoft jugak dah buat beberapa renovation kat IE9 . Meh aku nak senaraikan :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pinning Tab
Benda nie sebijik macam Chrome bila hampa mula-mula bukak browser Chrome tuh . Ada beberapa tabbing yang akan muncul , berdasarkan website apa yang kita selalu surf .
2. Pecahan Tab ala2 Window Vista / 7
 Nie pulak memudahkan pengguna nak pilih tab mana yang kita nak buka . Contoh , sekiranya kita buka banyak tab dekat IE9 , kemudian kita letakkan mouse kita dekat taskbar IE9 , kita kan nampak pecahan tab yang sejibik seperti Windows 7 . Best kan ?
3. Tambahan Extension pada IE9
Actually kita buleh nak tambah extension dekat IE9 dengan adanya extension manager , dan ianya akan bagitau berapa speed yang akan berkurangan sekiranya kita tambahkan extension tu (kalo aku kompom tak tambah dah , aku lebih pentingkan speed dari extension . Kan kan ?)
Sila rujuk website nie untuk keterangan lebih lanjut  . (Sorie letih otak and tangan nak taip huhu)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terbukti kelajuaan IE9 nie mmg laju gaban berbanding IE8 (of course la bergantung pada speed connection internet hampa jugak) .
Jadi kepada penggemar Internet Explorer aku syorkan hampa download la benda best nie . Mmg laju siot . Aku yang Firefox User nie pun goyang bila guna IE9 nie . 
TETAPI ! Anda semua harus upgrade dulu Window anda kepada Vista atau 7 sebab IE9 hanya berfungsi untuk kedua-dua jenis Windows nie saja . (haduih...!!)
So , jam menunjukkan pukul 1.00pg . Aku nak tidoq dulu , Sok karang bangun lambat punch card aku merah plak .  Nantikan posting aku yang seterusnya .
Assalammualaikum....

1 comments:

  Nascz..finding the truth path..

March 21, 2011 at 5:42 PM

penerangan yg mantop!!!thanx!!!