:: Security Tools (VIRUS!)::

Assalammualaikum ..


Pada petang y almost nak hujan nie , aku nak share sket satu info berkenaan dengan virus jenama Security Tools nie .


Actually salah sebab aku nak cerita kes virus nie adalah kerana aku dah jumpa ng kepala hidung bulu mata aku sendiri bila aku nak membaiki PC (Personal Computer) 2 org rakan aku .


Kalo sesiapa yang 1st time dengar benda alah ni confirm akan anggap benda nie adalah salah satu Anti-virus yang akan 'menolong' kita mencuci , menyapu , mop segala macam virus y ada dalam PC kita .


TETAPI , sebenarnya benda nie adalah satu virus berbentuk trojan (salah satu daripada keluarga spyware) y akan menyahfungsikan (pergh , ayat skema siot) segala program yang ada dalam laptop kita lalu membuatkan kita stress , memaki hamun , sumpah seranah , majuk takmau makan dan sebagainya pada hari itu .


So tanpa panjang lebar , selebar lori trellar , aku akan bagi tips sket camna nak settlekan virus ciplak a.k.a lanun cetak rompak nie .
Note : Nie cara yang aku pikir sendiri (dan ianya success) , jgn nak kata aku memandai2 plak ok ? Kalo nak tau cara yang lagi detail , sila tanya Pak Google hehe .


-------------------------------------------------------------------------------------------------


Steps :


1. Turn On PC anda
2. Setelah anda berjaya memasuki Windows , cepat2 tekan CTRL+R (Satu paparan RUN akan muncul)
3. Taip MSCONFIG dan tekan ENTER
4. Pada bahagian STARTUP , disablekan semua startup program yang ada kat situ (untick semuanya)
5. Klik OK
6. Sila RESTART PC anda . Virus itu tidak lagi berfungsi TETAPI masih ada dalam PC anda dalam keadaan TIDO .
7. Sekiranya PC anda tak ada software Anti-Spyware , sila install (cth ; SuperAnti-Spyware) dan pastikan anda update dahulu sebelum scan .
8. Delete / Remove semua virus yang berjaya dikesan oleh Anti-Spyware anda .
9. PC anda sudah sihat lagi berotot kembali =)


--------------------------------------------------------------------------------------------------


Nie cara2 yang aku buat la if aku terjumpa virus jenis Trojan . Kalo nak lagi detail or cara lebih expert , sila klik di sini -----> Security Tools Removal


Jadi , kepada sesiapa yang dah kena snipe dengan virus nie , jangan segan silu atau pura2 segan nak mencuba kaedah diatas . Kalo ada masalah , sila tinggalkan msg anda kat sini . Selagi hayat dikandung badan , selagi tu la aku kan cuba bantu . (keh keh keh)


Sekian saja untuk hari nie . Aku nak kuar makan nasik . Kebuluq terok nie .


Assalammualaikum ...



1 comments:

  syilaSYILAsyila

March 17, 2011 at 6:48 PM

wei, ang tau kan aku tak suka technology.tak best nya post pasai computer.
omaigod!!!khairy zakaria can u please post something that fascinate me...